Tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini adalah “Rakyat Bersatu Wilayah Persekutuan Maju”.

Wednesday 18 January 2012

Juara Tahun 2011...Tahniah

Syarat & Pertandingan:-
Peraturan pertandingan POCO-POCO diadili melalui sistem pemberian markah yang telah diluluskan oleh penganjur. Penyertaan adalah terbuka . Setiap peserta tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada sekali dalam satu pasukan di kejohanan ini. Setiap pasukan dikehendaki menghantar 6 orang peserta bertanding. Penyertaan pelbagai kaum adalah digalakkan. Semua pasukan kumpulan akan bertanding dan mempamerkan persembahan sekali sahaja di dalam muzik asal POCO-POCO tetapi kumpulan tidak dibenarkan untuk membuat persembahan tarian (contohnya tarian zapin, inang, joget dan lain-lain sepenuhnya). Persembahan diadakan di atas lantai/padang yang sesuai untuk tujuan pertandingan dan luas kawasan pertandingan adalah 7mx7m. MUZIK:- Satu atau lebih lagu boleh digabungkan. Sila bawa CD lagu yang dipertandingkan. Pilihan muzik adalah terpulang kepada setiap kumpulan dan beat muzik tidak boleh melebihi 132 beat. Sekiranya berlebihan 5 markah dipotong. PAKAIAN:- Tidak menjolok mata. MASA:-Masa persembahan tidak kurang daripada daripada 5 minit. KRITERIA PEMENANG:- Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang dan kumpulan yang berjaya mempamerkan persembahan yang menarik, isi perlaksanaan yang padu, intesif dan stamina berterusan, keseragaman, bersungguh-sungguh dan mempamerkan kemahiran juga corak (patten) persembahan yang pelbagai akan memperolehi markah tinggi. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kecederaan, kematian yang menimpa sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini. Keputusan hakim adalah muktamad.

Borang Penyertaan Poco-Poco 2012

Aksi-aksi poco-poco 2011...meriah